beritacanggih

Home » Unlabelled » 18 Bukti Kukuh Kakitangan Klinik "Enjoy Berparti Sakan" Di Bilik Bedah Ketika Pesakit Tidak Sedarkan Diri??

Tuesday, 24 March 2015

18 Bukti Kukuh Kakitangan Klinik "Enjoy Berparti Sakan" Di Bilik Bedah Ketika Pesakit Tidak Sedarkan Diri??

Canggih

Pihak Berkuasa Jabatan Kesihatan Awam sedang menyiasat sebuah klinik pembedahan plastik selepas beberapa gambar kakitangan klinik berkenaan yang mengadakan parti hari lahir di bilik bedah, tersebar meluas di media sosial.





Sekeping gambar selfie menunjukkan salah seorang kakitangan memegang kek harijadi yang diterangi cahaya lilin dikala pesakit (dibelakang) tidak sedarkan diri dalam bilik pembedahan.


Sekeping lagi gambar menunjukkan salah seorang dari mereka memakai topeng dan gaun (pembedahan) bergurau dengan meletakkan implan payudara di dadanya di dalam bilik yang sama. 






Kakitangan terbabit juga dilihat bergambar sambil menikmati burger di dalam bilik pembedahan.


Tanpa memikirkan sebarang risiko, gambar-gambar itu telah dimuat naik ke laman Instagram oleh salah seorang kakitangan klinik berkenaan terbabit.


"Pegawai kami sedang menyiasat klinik tersebut untuk melihat sama ada mereka (klinik terbabit) didapati melanggar undang-undang perubatan. Tindakan mereka itu boleh merosakkan reputasi pengamal perubatan," kata jurucakap Jabatan Kesihatan Awam, Daerah Gangnam.


Di bawah undang-undang Korea Selatan, sebarang tingkah laku yang dianggap sebagai mencemarkan reputasi industri perubatan, boleh menyebabkan klinik terbabit digantung dari terus beroperasi.


Gambar yang dimuat naik oleh salah seorang kakitangan klinik terbabit, menerima banyak kritikan negatif di media sosial yang mendakwa, klinik itu tidak mengamalkan kebersihan serta mengambil kira akan keselamatan pesakit. 


Bagaimanapun gambar itu telah dipadamkan dan pihak klinik terbabit telah pun membuat pemohonan maaf secara terbuka pada petang semalam, atas tindakan cuai oleh kakitangannya.


Sumber : Mymediahub
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Kata-Kata Dari Wanita Bertudung Perihal Aurat Yang Mesti Anda Tahu...
    Dasyat dan Hebat !! Debat awek tudung VS awek tak bertudung, mari kita baca kisah debat awek bertudung vs awek tidak bertudung ini. Seorang ...
  • GEMPAR!! Adakah Lelaki Ini Wira Rakyat Malaysia Yang Membongkar Dokumen Sulit Tabung Haji??
    Isu Tabung Haji beli tanah 1MDB menjadi semakin hangat. Kini berbalik kepada persoalan asal… Siapakah gerangan pembocor maklumat ini. Tidakk...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template