beritacanggih

Home » Unlabelled » Dulu 7 Coli...Kini Sedozen???

Tuesday, 24 March 2015

Dulu 7 Coli...Kini Sedozen???

Canggih

Ini kali kedua rumah kami menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab terbabit dan tidak tahu apa motifnya,” kata Azura Ahmad, 35, selepas menemui bungkusan kain merah jambu mengandungi pakaian dalam dan tidur wanita di depan rumah ibu bapanya di sini, petang semalam.

Menurutnya, bungkusan berkenaan ditemuinya kira-kira jam 4.30 petang selepas kali pertama pada 24 Februari lalu.

Katanya, bungkusan itu ditemui ketika dia dan suami, Hamzah Mazelan, 45, berada di rumah berkenaan sejak tengah hari.

“Ketika mahu pulang ke rumah jam 4.30 petang, saya nampak ada bungkusan kain di tepi dinding lalu bertanya kepada ayah mengenainya.

“Selepas diberitahu tidak diketahui mengenai bungkusan itu, kami buka dan mendapati ia mengandungi 12 coli dan dua baju dalam wanita,” katanya.

Menurut Azura, walaupun sudah berkeluarga dan tinggal berasingan dengan ibu bapanya, dia dan anak-anak serta adik lelakinya, Najib, 31, selalu ke situ.

“Ini kejadian kali kedua. Sebelum ini ada tujuh coli, tetapi kini sedozen pula, apa motif mereka?

“Dalam kejadian kali pertama, ibu yang menemui bungkusan dibalut seperti jenazah kanak-kanak di ruang depan rumah jam 7.20 pagi.

“Bungkusan itu berbalut kain hitam sepanjang 1.5 meter mengandungi beberapa pakaian dalam wanita termasuk tujuh coli, dua tudung kepala dan satu baju tidur,” katanya.

Menurutnya, dia belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu, tetapi akan melaporkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dalam masa terdekat.

Harian Metro ada melaporkan beberapa kejadian pelik berlaku di sekitar daerah itu termasuk penemuan seluar dalam dan coli pada papan tanda dan tiang lampu di empat persimpangan lampu isyarat pada 26 Januari lalu.

Seluar dalam dan coli itu ditemui turut digantung pada lampu isyarat di Taman Kota Jaya, Arked MARA, Petronas Jalan Tun Sri Lanang dan Kota Kecil.

Ahad lalu, akhbar turut melaporkan objek seperti hantu pocong setinggi 1.5 meter ditemui diikat pada sebatang pokok pisang di simpang tiga Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya menghala jalan pintas Kampung Panti. - Harian Metro
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • MaSyaAllah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan
    Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa h...
  • Cerita Sebenar Yang Mesti Anda Tahu Kes Gadis Maut Akibat Produk kecantikan Shaklee,Qu Puteh Dan Aura White Terbongkar Akhirnya!!
    berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di media sosial gara-gara ada yang mendakwa Allah...
  • Restoran Ini Hidang Daging Manusia?Biar Betul!!
    Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran te...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template