beritacanggih

Home » Unlabelled » Inilah Sekeping Gambar Dalam Laman Twitter Yang Berjaya Selamatkan 3 Beradik ...

Monday, 23 March 2015

Inilah Sekeping Gambar Dalam Laman Twitter Yang Berjaya Selamatkan 3 Beradik ...

Canggih

Kejam. Seorang bapa yang juga seorang duda, sanggup meninggalkan tiga anaknya yang masih kecil di stesen keretapi. Nasib baik seorang lelaki telah menyelamatkan kanak-kanak berkenaan menerusi media sosial.

Lelaki itu sempat merakamkan gambar Rahnuma, 7, Raja, 5, dan Sanya, 4, tidur sambil berpelukan di stesen berkenaan sebelum memuat naik dalam Twitter.

“Bolehkah sesiapa membantu kanak-kanak ini di Stesen Keretapi New Delhi berhampiran platform 16,’’ ujarnya dalam mesej di Twitter.

Dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak sempat bercakap dengan kanak-kanak berkenaan disebabkan kesuntukan masa, dan berharap dengan memuatnaik dalam Twitter, sekurang-kurangnya ada orang yang akan membantu kanak-kanak terbabit.

Tweet berkenaan kemudiannya menjadi viral dan nasib baik ketua polis di situ, Madhur Verma menerima mesej berkenaan Dia kemudian mengarahkan kakitangannya mencari kanak-kanak terbabit.

Selepas sejam, tiga beradik itu ditemui dalam keadaan kesejukan, ketakutan dan kelaparan.

Menurut Verma, bapa kanak-kanak itu telah bercerai dan dia meninggalkan mereka di situ dengan alasan ibu mereka akan mengambil kanak-kanak tersebut di situ.

Namun katanya, apabila polis membawa kanak-kanak berkenaan ke rumah ibu mereka, wanita itu memaklumkan bahawa anaknya menetap bersama bekas suaminya dan dia juga tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Polis kini sedang mengesan lelaki itu untuk soal siasat.
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Kata-Kata Dari Wanita Bertudung Perihal Aurat Yang Mesti Anda Tahu...
    Dasyat dan Hebat !! Debat awek tudung VS awek tak bertudung, mari kita baca kisah debat awek bertudung vs awek tidak bertudung ini. Seorang ...
  • GEMPAR!! Telur Goreng Ini Keluarkan Darah Selepas Dibaca Al-Rukyah
    Kisah ini terjadi kepada sahabat Siakapkeli sendiri pada minggu lepas. Yang mana menerusi inbox akaun peribadi penulis, sahabat penulis, Moh...
  • GEMPAR!! Video Lelaki Maut Dilanggar Myvi Kuning Kini Jadi Viral Di Laman Sosial
    PUTRAJAYA - Seorang pekerja Pullman maut dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di Presint 5, semalam. Dalam kejadian yang berlaku lebih kuran...
  • AWAS!! Hati-Hati Apabila Korang Terutamanya Perempuan Upload Status Dan Gambar Di Laman Sosial
    Keghairahan masyarakat hari ini berkongsi sebahagian kehidupan peribadi mereka melalui status-status di laman media sosial perlu ditapis den...
  • SERIUS,Ini Tersangatlah KELAKAR!! 11 Gambar Jenama Tiruan Yang Lawak Dan Semestinya Membuatkan Anda Gelak Sampai Pecah Perut
    $Kali ini kami bawakan beberapa jenama tiruan yang boleh membuat anda semua gelak. Semoga terhibur dan hilang stress :). -   Siakapkeli ...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template