beritacanggih

Home » Unlabelled » 11 Fakta Menarik Tentang Kentut Yang Pasti Korang Tidak Pernah Sangka!!

Saturday, 9 May 2015

11 Fakta Menarik Tentang Kentut Yang Pasti Korang Tidak Pernah Sangka!!

Canggih

1. Apakah penyebab kentut
Kentut disebabkan oleh udara terperangkap, yang boleh datang dari pelbagai sumber. Sesetengah daripadanya adalah udara yang kita telan atau pun makanan yang kita kunyah atau minum. Udara ini disebabkan oleh gas yang meresap ke dalam usus kita daripada darah kita. Dan ada juga gas yang terhasil oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam perut. Kentut biasanya terdiri daripada kira-kira 59 peratus nitrogen, 21 peratus hidrogen, 9 peratus karbon dioksida, 7 peratus metana dan 4 peratus oksigen. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan sulfur.

2. Kenapa kentut berbau busuk
Sulfur adalah elemen yang membuat kentut berbau busuk. Kentut berbunyi kerana getaran rektum. Kekuatan bunyi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kuatnya tekanan gas, serta kesempitan otot selepas usus anda. Lebih banyak sulfur dalam diet anda, lebih dahsyat kentut anda akan berbau. Sesetengah makanan mengandungi sulfur lebih daripada yang lain, itulah sebabnya makanan seperti petai, jering, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas yang mampu mengerutkan dahi.

3. Purata seorang manusia normal kentut sebanyak 14 kali sehari
Rata-rata manusia menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari. Walaupun ramai wanita tidak akan mengakuinya, wanita tetap kentut sekerap lelaki. Malah, satu kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung mempunyai gas yang lebih pekat berbanding lelaki. Jika seseorang itu kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga bersamaan sebutir bom atom.

4. Kentut terpantas telah mencatatkan kelajuan 3 meter per saat
Walaupun kentut keluar dengan halaju yang berbeza-beza, kita biasanya menghidu baunya selama kira-kira 10-15 saat selepas itu. Ini adalah kerana ia mengambil yang lama untuk bau mencapai lubang hidung anda.

5. Menahan kentut tidak berbahaya kepada kesihatan anda
Doktor tidak bersetuju bahawa menahan kentut tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah pakar berfikir bahawa kentut adalah sebahagian aktiviti semula jadi dalam sistem pencernaan anda, jadi menahannya tidak akan memudaratkan anda. Pendapat bahawa menahan dari kentut boleh menyebabkan kembung perut dan gejala tidak selesa yang lain adalah tidak tepat.

6. Bagi sesetengah budaya, melepaskan kentut di depan khalayak bukanlah masalah besar
Walaupun kebanyakan budaya merasakan bahawa kentut perlu dikendalikan dengan sopan, terdapat beberapa budaya yang bukan sahaja tidak kisah melepas di khalayak ramai, tetapi mereka benar-benar membudayakannya. Satu kaum etnik Indian di Amerika Selatan yang menggunakan kentut sebagai ucapan (Yanomami). Di China pula anda sebenarnya boleh mendapatkan pekerjaan sebagai penilai bau kentut professional. Di zaman Rom purba, Maharaja Claudius, berasa takut bahawa menahan kentut dalam upacara awam adalah tidak baik untuk kesihatan, maka beliau meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa ia boleh diterima untuk melepas angin sewaktu jamuan.

7. Gas kentut mudah terbakar
Seperti yang dinyatakan di atas, metana dan hidrogen dalam bakteria yang menghasilkan kentut membuat gas anda sangat mudah terbakar. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir ia adalah perkara menyeronokkan untuk menghasilkan nyalaan api dari kentut. Tindakan ini jelas sangat berbahaya.

8. Anai-anai menghasilkan paling banyak kentut berbanding haiwan lain
Adalah sukar untuk mempercayai bahawa anai-anai kecil bertanggungjawab untuk kebanyakan masalah pemanasan global di bumi. Anai-anai kentut lebih banyak dari mana-mana binatang lain, yang menghasilkan gas metana. Menurut Environmental Protection Agency, “pelepasan metana ke global oleh anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses biasa pencernaan.

9. Jika anda menahan kentut, ianya akan keluar sewaktu anda tidur
Walaupun anda menahan kentut anda sepanjang hari, gas akan melepaskan diri sebaik sahaja anda berada dalam keadaan santai. Apa yang lebih santai daripada tidur?

10. Manusia masih kentut selepas mati
Berikut adalah bukti bahawa anda tidak boleh melarikan diri dari kentut, walaupun selepas mati! Sehingga tiga jam selepas badan itu mati, gas terus melepasi laluan dari kedua-dua hujung saluran penghadaman, menyebabkan berlakunya sendawa atau kentut. Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan otot sejurus selepas mati.

11. Kemana perginya kentut jika ditahan atau tidak dikeluarkan?
Kentut tidak diserap darah dan tidak hilang dengan sendirinya. Kentut berpindah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, cuma ditunda dari melihat dunia.
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • EKSLUSIF!! Gambar Terkini Bayi Yang Dilambung Ibunya Dalam Video Yang Jadi Viral Di Laman Sosial (5 GAMBAR)
    Dilambung, dihempas dan dicampak tanpa hati perut. Demikian nasib seorang bayi malang apabila dia diperlakukan dengan begitu kejam oleh wani...
  • GEMPAR!!(2 GAMBAR) Kecoh Pasangan Sama Cantik Sama Padan Ini Nikah Senyap-Senyap..Inilah Alasan Sebenar Kamal Dan Emma Maembong Yang Pasti Mengejutkan Anda!!
    $%Korang pasti terkejut bukan dengan sekeping foto Kamal Adli dan Emma Maembong sedang melalui proses akad nikah. Memang sweet dan padan...
  • Apa Yang Graduan UITM Ini Buat Sampai Kecoh Dan Jadi Viral Di Fesbuk?
    Gambar seorang graduan UiTM berselfie dengan canselor UiTM tersebar di laman sosial dan menerima dikritik oleh netizen.  Muhammad Hasrul, pa...
  • GEMPAR!! Cikgu Berlagak Dan Perasan Terlajak Cantik Ini Minta Hantaran RM40?? (5 GAMBAR)
    Amboi makin melampau permintaan Wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. jatuh ker maruah...
  • Che Ta Mengamuk Sakan Apabila Aaisyah Jatuh Katil Dan Muka Berdarah...
    $mana yang tidak cemas apabila anak tercinta yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh, tiba-tiba ditimpa perkera yang tidak diin...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template