beritacanggih

Home » Unlabelled » (3 GAMBAR) Kepada Mereka Yang Gemarkan 'Selfie",Selepas Membaca Apa Yang Terjadi Kepada Gadis Ini Mungkin Korang Akan Lebih Berhati-Hati...

Thursday, 14 May 2015

(3 GAMBAR) Kepada Mereka Yang Gemarkan 'Selfie",Selepas Membaca Apa Yang Terjadi Kepada Gadis Ini Mungkin Korang Akan Lebih Berhati-Hati...

Canggih


Seorang remaja dilaporkan maut akibat melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi semasa cuba ber’selfie’ di atas bumbung kereta api.
Memetik laporan Metro.UK, Anna Ursu dikatakan pergi ke stesen kereta api di Bandar Romania bersama rakannya untuk merakam selfie untuk dimuat naik ke akaun Facebooknya.
Difahamkan, semasa bergambar, Anna secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik aktif dengan kakinya semasa berbaring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api.
Menurut pihak berkuasa, wanita itu terbakar serta merta selepas menyentuh kabel elektrik 27,000 voltan manakala rakannya terpelanting akibat impak letupan tersebut.
PAY-Anna-Ursu
Orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu Anna dan dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Namun remaja berusia 18 tahun itu meninggal dunia di hospital berikutan kelecuran yang teruk, manakala keadaan kawan Anna pula dilaporkan semakin pulih.
Menurut saksi, dia cuba untuk menyelamatkan dua gadis itu apabila melihat mereka bermain di atas kereta api itu.
“Saya tahu ia amat berbahaya, saya menjerit tetapi mereka tidak mendengar panggilan saya,” katanya.
Selepas beberapa saat, saksi terdengar satu letupan kuat sebelum melihat Anna terbakar.
Sumber: Astro Awani
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Kata-Kata Dari Wanita Bertudung Perihal Aurat Yang Mesti Anda Tahu...
    Dasyat dan Hebat !! Debat awek tudung VS awek tak bertudung, mari kita baca kisah debat awek bertudung vs awek tidak bertudung ini. Seorang ...
  • GEMPAR!! Adakah Lelaki Ini Wira Rakyat Malaysia Yang Membongkar Dokumen Sulit Tabung Haji??
    Isu Tabung Haji beli tanah 1MDB menjadi semakin hangat. Kini berbalik kepada persoalan asal… Siapakah gerangan pembocor maklumat ini. Tidakk...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template