beritacanggih

Home » Unlabelled » (6 GAMBAR) Wajah Suspek Kejam Bunuh Cekik Dan Campak Tunang Dari Jambatan

Saturday, 9 May 2015

(6 GAMBAR) Wajah Suspek Kejam Bunuh Cekik Dan Campak Tunang Dari Jambatan

Canggih

Putrajaya : Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya untuk membantu siasatan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat suspek yang juga tunang wanita itu mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan.

"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.




"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi di sini.


Suspek ditahan di sekitar Cyberjaya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang 10.30 pagi tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.


Mayat Rosshida Abdullah, 30 berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan ditemui orang awam di bawah jambatan berkenaan kira-kira 5 petang, semalam.


Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan kerana diburu along, serta beg tangan berwarna putih. - HM



sumber
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • MaSyaAllah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan
    Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa h...
  • Cerita Sebenar Yang Mesti Anda Tahu Kes Gadis Maut Akibat Produk kecantikan Shaklee,Qu Puteh Dan Aura White Terbongkar Akhirnya!!
    berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di media sosial gara-gara ada yang mendakwa Allah...
  • Restoran Ini Hidang Daging Manusia?Biar Betul!!
    Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran te...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template