beritacanggih

Home » Unlabelled » Misi Cari MH370 Tetapi Apa Yang Dijumpai Ini Pasti MENGEJUTKAN Anda Semua!!

Wednesday, 13 May 2015

Misi Cari MH370 Tetapi Apa Yang Dijumpai Ini Pasti MENGEJUTKAN Anda Semua!!

Canggih


Usaha mencari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi telah membawa kepada penemuan sebuah kapal karam yang belum pernah diketahui, oleh itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mencari pesawat MH370 akan membuat siasatan sekiranya kapal tersebut berada dalam zon carian mereka.
Pasukan pencarian yang diketuai oleh Australia menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat tersebut yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.
Menurut maklumat yang diterima mengenai operasi itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, terdapat pantulan cahaya kecil di dasar laut yang memerlukan pemeriksaan rapi.
Data dari sonar imbasan resolusi tinggi yang menggunakan kenderaan dalam air berautonomi mendedahkan objek tersebut mungkin hanya bersaiz seperti bola kriket yang berada kira-kira 3,900 meter(12,795 kaki) di bawah air.
Walaupun serpihan tersebut kelihatan seperti suatu benda buatan manusia, ia dilaporkan tidak mempunyai ciri-ciri seperti serpihan pesawat jadi pihak berkuasa terpaksa menggunakan kamera untuk melihat serpihan tersebut dengan lebih jelas.
Pengarah operasi pencarian MH370, Peter Foley berkata ia merupakan satu penemuan yang menarik tetapi ia bukanlah apa yang diingini.
Imej yang diterima menunjukkan sebuah sauh, dan beberapa objek lain yang dikatakan buatan manusia.
Foley juga menjelaskan, operasi ini tidak akan dihentikan kerana kehilangan pesawat tersebut masih lagi menjadi misteri.
"Jelas sekali, kami berasa kecewa kerana ia bukanlah serpihan kapal terbang tetapi kami sentiasa realistik tentang kemungkinan akan menjumpai sesuatu.
"Operasi ini menjadi bukti bahawa sistem, ahli pencarian, dan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan ini juga menunjukkan kami akan menemui serpihan pesawat sekiranya ia berada di dalam kawasan carian," kata Foley.
Pencarian pesawat tersebut telah menjadi sesuatu yang kompleks dan Australia memberi tumpuan kepada kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi yang terletak jauh dari pantai barat yang meliputi 60,000 kilometer persegi (23.166 batu persegi).
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • EKSLUSIF!! Gambar Terkini Bayi Yang Dilambung Ibunya Dalam Video Yang Jadi Viral Di Laman Sosial (5 GAMBAR)
    Dilambung, dihempas dan dicampak tanpa hati perut. Demikian nasib seorang bayi malang apabila dia diperlakukan dengan begitu kejam oleh wani...
  • GEMPAR!!(2 GAMBAR) Kecoh Pasangan Sama Cantik Sama Padan Ini Nikah Senyap-Senyap..Inilah Alasan Sebenar Kamal Dan Emma Maembong Yang Pasti Mengejutkan Anda!!
    $%Korang pasti terkejut bukan dengan sekeping foto Kamal Adli dan Emma Maembong sedang melalui proses akad nikah. Memang sweet dan padan...
  • Apa Yang Graduan UITM Ini Buat Sampai Kecoh Dan Jadi Viral Di Fesbuk?
    Gambar seorang graduan UiTM berselfie dengan canselor UiTM tersebar di laman sosial dan menerima dikritik oleh netizen.  Muhammad Hasrul, pa...
  • GEMPAR!! Cikgu Berlagak Dan Perasan Terlajak Cantik Ini Minta Hantaran RM40?? (5 GAMBAR)
    Amboi makin melampau permintaan Wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. jatuh ker maruah...
  • Che Ta Mengamuk Sakan Apabila Aaisyah Jatuh Katil Dan Muka Berdarah...
    $mana yang tidak cemas apabila anak tercinta yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh, tiba-tiba ditimpa perkera yang tidak diin...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template