beritacanggih

Home » Unlabelled » VIDEO Najib Razak 'SEDIH' Apabila Rakyat Dapat BR1M Senyap,Bila Barang Naik Sikit Semua Merungut

Tuesday, 19 May 2015

VIDEO Najib Razak 'SEDIH' Apabila Rakyat Dapat BR1M Senyap,Bila Barang Naik Sikit Semua Merungut

Canggih

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih kepada rakyat Malaysia yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya mereka 'senyap'selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” katanya dipetik Malaysiakini.

Najib berkata demikian di dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini yang hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Selain itu, Najib mengakui menerima rungutan rakyat mengenai GST dan beliau menegaskan tindakan segera akan diambil bagi menangani masalah itu.

“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya. - Siakapkeli



Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Luahan Sedih Hati Seorang Suami Apabila Curang Bersama Adik Ipar
    SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga...
  • (2 Gambar) Inilah Padahnya Pakai Seluar Ketat Hingga Menampakkan Benda Yang Tidak Sepatutnya Nampak
    Di Thailand , golongan mak nyah ini cukup terkenal di negara mereka... rata-rata mereka buat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti wani...
  • Tahniah!! Bonus Sebulan Gaji Kepada 17,534 Orang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sempena Aidilfitri
    Kerajaan Negeri Selangor hari ini melalui kenyataan siaran media telah mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 14...
  • (10 GAMBAR) Perubahan Mendadak Sheira Aiyob Yang Mengejutkan Suaminya,Zahiril Adzim
    Perubahan Mendadak Shera Aiyob Yang Mengejutkan Zahiril Adzim  | Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob te...
  • GEMPAR!! Punca Sebenar 60 Peratus Gadis Remaja Malaysia Umur 15 - 25 Tahun Tiada Da Ra Akhirnya Terbongkar
    Sangat Mengejutkan! Hampir 60 Peratus Gadis Malaysia Berusia 15 Tahun Hingga 25 Tahun Tiada ehem. Cuba korang baca ni di SINI ... remaja har...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template