beritacanggih

Home » Unlabelled » Ahmad Maslan - "Saya Sanggup Ditembak Demi Melindungi Najib"

Friday, 21 August 2015

Ahmad Maslan - "Saya Sanggup Ditembak Demi Melindungi Najib"

Canggih

#Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, falsafah itu menjadi pegangannya di mana sentiasa berada di hadapan pemimpin.

Kenyataan itu telah dirakam sewaktu ketika beliau memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa pada Selasa lepas.

“Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,” katanya yang kemudian disambut dengan tepukan daripada para perwakilan yang hadir.

Terdahulu, dalam ucapan tersebut, Ahmad menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik untuk menyerang presiden parti.

Katanya, Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan tetapi mengapa kebaikan tersebut tidak diceritakan kepada umum.

“Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?” soalnya.

Tambah beliau, sebagai rakyat kita seharusnya bijak menilai sesuatu yang benar dan yang palsu dan bukan terus mempercayai fitnah yang telah ditaburkan kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, isu 1MDB dan dana politik yang digembar-gemburkan itu sebenarnya hanya satu isu yang boleh diselesaikan. – FMT


sumber asal
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Luahan Sedih Hati Seorang Suami Apabila Curang Bersama Adik Ipar
    SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga...
  • (2 Gambar) Inilah Padahnya Pakai Seluar Ketat Hingga Menampakkan Benda Yang Tidak Sepatutnya Nampak
    Di Thailand , golongan mak nyah ini cukup terkenal di negara mereka... rata-rata mereka buat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti wani...
  • Tahniah!! Bonus Sebulan Gaji Kepada 17,534 Orang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sempena Aidilfitri
    Kerajaan Negeri Selangor hari ini melalui kenyataan siaran media telah mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 14...
  • (10 GAMBAR) Perubahan Mendadak Sheira Aiyob Yang Mengejutkan Suaminya,Zahiril Adzim
    Perubahan Mendadak Shera Aiyob Yang Mengejutkan Zahiril Adzim  | Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob te...
  • GEMPAR!! Punca Sebenar 60 Peratus Gadis Remaja Malaysia Umur 15 - 25 Tahun Tiada Da Ra Akhirnya Terbongkar
    Sangat Mengejutkan! Hampir 60 Peratus Gadis Malaysia Berusia 15 Tahun Hingga 25 Tahun Tiada ehem. Cuba korang baca ni di SINI ... remaja har...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template