beritacanggih

Home » Unlabelled » Najib - Jangan cuba rampas hak saya memimpin negara

Friday, 21 August 2015

Najib - Jangan cuba rampas hak saya memimpin negara

Canggih

$Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada siapa yang patut campur tangan atau merampas amanah yang diberikan kepadanya untuk memimpin negara.

Beliau berkata, mandat yang dipikul merupakan tanggungjawab seorang pemimpin yang telah dipilih rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya dalam status terbaharu di laman Facebook.

Dengan amanah yang telah diberikan, Najib melahirkan rasa bangga dan rendah diri memikul tanggungjawab berkenaan.

"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," tambahnya.


sumber asal
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • GEMPAR!! Cikgu Berlagak Dan Perasan Terlajak Cantik Ini Minta Hantaran RM40?? (5 GAMBAR)
    Amboi makin melampau permintaan Wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. jatuh ker maruah...
  • Mak Aiii....Besar Gilaaaa !! (10 GAMBAR)
    Burger apakah yang paling besar anda pernah jumpa? Perkenalkan burger bersaiz 11 inchi yang hanya terdapat di Zul's Burger Sungai Nibong...
  • PANAS!! (10 GAMBAR) Peminat Pertikai Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha Untuk Membesarkan Raykal
    $%Peminat Pertikai Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha Untuk Membesarkan Raykal Ramai yang menyifatkan Nora Danish sudah terlalu...
  • Yana FMC Bagi Kenyataan Lagi Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua!!
    “Dugaan ini satu hikmah, saya reda kerana dapat hidayah tertinggi daripada ALLAH,” itu luahan ahli keluarga terdekat seorang ahli Familia My...
  • BIAR BETUL!! Sesuatu Yang Tersangat Pelik Pada Badan Awek Cun Ini (5 GAMBAR)
    Foto Hiasan At first sight, this girl’s waist seems to be unreal.And frankly, I thought that it was photoshopped. But apparently the picture...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template