beritacanggih

Home » Unlabelled » Pasangan Ini Nekad Untuk Saman JAIS dan PDRM RM1 Juta Selepas Ditangkap Khalwat

Wednesday, 19 August 2015

Pasangan Ini Nekad Untuk Saman JAIS dan PDRM RM1 Juta Selepas Ditangkap Khalwat

Canggih


$%Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan, lapor TheMalaysianInsider hari ini.

Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.

Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.

“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat.”Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu,” katanya.

Menurut Hashim, ‎kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.

“Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.

“Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.

“Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.
“Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip,” katanya.

Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.

“Saya juga disahkan mengalami ‘Post Traumatic Disorder’ hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja,” katanya.



sumber asal
Tulisan Terkait

2 comments:

  1. Muhammad Firdaus20 August 2015 at 10:48

    lol

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Alan20 August 2015 at 20:17

    Ni cerita lama, x perlu disesasikan. Dah sah dr segi hukum kamu bersalah sebab berdua-duan dlm rumah. Penguatkuasa yg pi pukul org tu pula pun satu bertindak macam malaikat penjaga nereka apa hal.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • AWAS ,SEBARKAN !!! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Yang Menghantar Sejambak Bunga Ke Rumah Anda !!!
    PERHATIAN!! Sila kunci pintu pagar rumah anda. Jangan biarkan tak berkunci.''' Sekarang ini baru berlaku kepada kawan saya di ru...
  • 2 Gambar Wisma Dato' Aliff Syukri Berharga RM25 Juta Yang Pasti Buat Anda Tercengang Apabila Melihatnya!!
    Lebih mengujakan lagi, wisma mewah yang memakan belanja sebanyak RM 2 juta untuk kos renovasi itu adalah hasil penat lelahnya selama ini men...
  • (5 GAMBAR) Korang Pasti Terkejut Besar Apabila Tahu Rahsia Sebenar Pokok Ini!!
    Sejenis pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. kerana berbahaya, pokok ini diletakan pa...
  • Yana FMC Bagi Kenyataan Lagi Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua!!
    “Dugaan ini satu hikmah, saya reda kerana dapat hidayah tertinggi daripada ALLAH,” itu luahan ahli keluarga terdekat seorang ahli Familia My...
  • Selepas Viral Dan Ramai Yang Menegurnya Kerana Berkahwin Ikut Adat Kristian,Haida Yusof Tampil Meluahkan Kemarahannya Dan Pertahankan Tindakannya Kepada Orang Ramai... (7 Gambar)
    $%Orang Melayu memang pantang kalau bangsa sendiri membelakangi adat-adat melayu. Mana yang tak bengang bia gadis cantik ini boleh ikut ...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template