beritacanggih

Home » Unlabelled » Inilah Sekeping Gambar Dalam Laman Twitter Yang Berjaya Selamatkan 3 Beradik ...

Monday, 23 March 2015

Inilah Sekeping Gambar Dalam Laman Twitter Yang Berjaya Selamatkan 3 Beradik ...

Canggih

Kejam. Seorang bapa yang juga seorang duda, sanggup meninggalkan tiga anaknya yang masih kecil di stesen keretapi. Nasib baik seorang lelaki telah menyelamatkan kanak-kanak berkenaan menerusi media sosial.

Lelaki itu sempat merakamkan gambar Rahnuma, 7, Raja, 5, dan Sanya, 4, tidur sambil berpelukan di stesen berkenaan sebelum memuat naik dalam Twitter.

“Bolehkah sesiapa membantu kanak-kanak ini di Stesen Keretapi New Delhi berhampiran platform 16,’’ ujarnya dalam mesej di Twitter.

Dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak sempat bercakap dengan kanak-kanak berkenaan disebabkan kesuntukan masa, dan berharap dengan memuatnaik dalam Twitter, sekurang-kurangnya ada orang yang akan membantu kanak-kanak terbabit.

Tweet berkenaan kemudiannya menjadi viral dan nasib baik ketua polis di situ, Madhur Verma menerima mesej berkenaan Dia kemudian mengarahkan kakitangannya mencari kanak-kanak terbabit.

Selepas sejam, tiga beradik itu ditemui dalam keadaan kesejukan, ketakutan dan kelaparan.

Menurut Verma, bapa kanak-kanak itu telah bercerai dan dia meninggalkan mereka di situ dengan alasan ibu mereka akan mengambil kanak-kanak tersebut di situ.

Namun katanya, apabila polis membawa kanak-kanak berkenaan ke rumah ibu mereka, wanita itu memaklumkan bahawa anaknya menetap bersama bekas suaminya dan dia juga tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Polis kini sedang mengesan lelaki itu untuk soal siasat.
Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Selepas Anda Baca Luahan Engineer Ini,Pandangan Anda Terhadap Proton Mungkin Akan Berubah!!
    Dipetik dari luahan engineer Proton… Assalamualaikum, Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information ya...
  • Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam Yang Anda Agungkan Selama Ini Akhirnya Terbongkar !!!
    Aku kena main dan aku kena tipu. Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka se...
  • Kisah Sebenar Seorang Mekanik Putus Tunang Yang Mendapat Lebih 1600 Share Di Fesbuk
    "Kau okay ke?" Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut, "Tak lama lagi dah nak nikah....
  • Pasangan Ini Nekad Untuk Saman JAIS dan PDRM RM1 Juta Selepas Ditangkap Khalwat
    $%Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan...
  • 10 Gambar Terbaru Zamani Slam Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...
    Selepas menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan di Persatuan Pengasih Malaysia, berat Zamani Slam kini semakin bertambah daripada 45 ki...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template