beritacanggih

Home » Unlabelled » Kisah Sebenar Seorang Janda Anak 4 Dibunuh Guru Agama

Sunday, 10 May 2015

Kisah Sebenar Seorang Janda Anak 4 Dibunuh Guru Agama

Canggih

Usaha seorang bapa untuk mencari anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin berakhir dengan kejadian menyayat hati apabila dia menjumpai wanita itu mati dibunuh di depan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bharu dekat sini semalam.


Mangsa yang merupakan seorang janda anak empat, Nur Salina Nazir, 34, ditemui bapanya, Nazir Ramli, 67, kira-kira pukul 9 pagi semalam dalam kea­daan terlentang tidak bernyawa di dalam kereta Proton Wira miliknya dengan kesan tujuh tikaman pada anggota badan.

Menurut abang mangsa, Nor Salizam Nazir, 40, adik bongsunya itu yang membuka perniagaan online dikatakan keluar dengan kekasihnya pada malam kelmarin untuk menghantar barang tempahan kepada pelanggan tetapi dia tidak balik ke rumah selepas itu.

Katanya, selepas gagal menghubungi Salina menerusi telefon bimbit, bapanya bertindak mencari mangsa dengan berjumpa kekasihnya itu yang bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu.

“Ayah akhirnya jumpa Salina dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya sebelum dia pergi membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh semalam.

Menurut anak saudara mangsa, Ainaa Syafiqah Shamsudin, 24, Salina dijangka melangsungkan perkahwinan dengan lelaki bergelar ustaz itu pada 6 Jun depan selepas dua tahun bercerai dengan bekas suaminya.

“Keluarga kami baru sekali bertemu suspek iaitu pada bulan lalu untuk membincangkan hal perkahwinan mereka berdua.

“Persiapan untuk perkahwinan itu sudah hampir siap apabila baju pengantin dan pelamin sudah ditempah. - Kosmo!

Guru agama diberkas :-

Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa. - BERNAMA

Motif :-

"Soal siasat mendapati suspek yang berusia membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang. Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya. - MalaysiaKini

Bukti telah ditemui :-

Sebilah pisau memasak bersaiz kecil yang digunakan untuk membunuh seorang janda anak empat di hadapan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bahru berjaya ditemui pihak polis semalam.

Suspek lelaki bekerja sebagai guru agama dipercayai mencampakkan pisau digunakan untuk menikam mangsa di belukar berhampiran kawasan Sungai Tua Ulu Yam di sini iaitu kira-kira 30 kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Difahamkan pisau itu dijumpai jam 12.30 tengah hari semalam, hasil operasi bersama membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dibantu masyarakat Orang Asli Sungai Tua.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Suparamaniam berkata, alat khas pengesanan logam turut digunakan dalam pencarian senjata itu berikutan keadaan lokasi dipenuhi belukar.

“Lokasi senjata itu dibuang diperoleh berpandukan soal siasat terhadap suspek. Pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kes itu sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Penemuan pisau itu dijangka dapat membantu siasatan kes bunuh berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam. - Harian Metro

Tulisan Terkait

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Trending

  • Selepas Anda Baca Luahan Engineer Ini,Pandangan Anda Terhadap Proton Mungkin Akan Berubah!!
    Dipetik dari luahan engineer Proton… Assalamualaikum, Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information ya...
  • Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam Yang Anda Agungkan Selama Ini Akhirnya Terbongkar !!!
    Aku kena main dan aku kena tipu. Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka se...
  • Kisah Sebenar Seorang Mekanik Putus Tunang Yang Mendapat Lebih 1600 Share Di Fesbuk
    "Kau okay ke?" Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut, "Tak lama lagi dah nak nikah....
  • Pasangan Ini Nekad Untuk Saman JAIS dan PDRM RM1 Juta Selepas Ditangkap Khalwat
    $%Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan...
  • 10 Gambar Terbaru Zamani Slam Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...
    Selepas menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan di Persatuan Pengasih Malaysia, berat Zamani Slam kini semakin bertambah daripada 45 ki...
Copyright © beritacanggih All Right Reserved
Template by SEO Template